Tuesday, June 19, 2012

Petikan hadis berkenaan Mesir

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "ستفتح عليكم بعدي مصر؛فاستوصوا يقبطها خيرا ؛ فانه لكم منهم ذمة ورحما" Makna hadis: “Mesir akan dibuka selepas kewafatanku, maka bergaullah dengan penduduknya dengan baik”. وقول صلى الله عليه وسلم : "اذا فتح الله عز وجل عليكم مصر فاتخذوا بها جندا كثيفا, فذلك الجند خيرا أجناد الأرض. قال له أبو بكر: ولم يا رسول الله؟ فقال : لأنهم وأزواجهم فى رباط الى يوم القيامة" Makna hadis: “Apabila Allah membuka Mesir kepada kamu, maka ambillah darinya tentera yang banyak. Yang demikian itu, tentera Mesir adalah sebaik-baik tentera di atas muka bumi. Abu Bakar berkata, kenapa ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab : Kerana itu, mereka dengan isteri mereka amat kuat ikatannya hingga ke hari qiamat”. Petikan athar sahabat قال عبدالله بن عمرو : "قبط مصر أحوال قريش مرتين" Makna: “Orang Qibti Mesir mempunyai ikatan perhubungan dengan Quraisy dari dua peringkat; Hajar dan Mariah”. أهل مصر أكرم الأعاجم كلها, وأسمحهم يد ا, وأفضلهم نصرا, وأقربهم ردما بالعرب عامة, وبقريش خاصة Makna athar: “Penduduk Mesir murah tangan daripada bangsa selain arab, mudah memberikan pertolongan(untuk menang), Nasab keturunan(bersaudara) dengan bangsa arab secara umum, khasnya pula dengan Quraisy”.

Thursday, July 01, 2010

STATISTIK UMUM MESIR

جمهورية مصر العربية
Gumhūriyyat Miṣr al-Arabiyyah
Arab Republic of Egypt

STATISTIK UMUM

Ibu negara (dan bandar raya terbesar) : Kaherah
Bahasa rasmi : Bahasa Arab
Kerajaan : Republik Semipresiden
Presiden : Hosni Mubarak
Perdana Menteri : Ahmed Nazif

Penubuhan :
Mesir purba : k. 3150 SM
Kemerdekaan daripada UK (United Kingdom) : 28 Februari 1922
Pengisytiharan republik : 18 Jun 1953
Air (%) : 0.632
Mata wang : Pound Mesir (EGP) Zon waktu : (UTC+2) Internet TLD : .eg Kod panggilan : +20

Thursday, February 25, 2010

Dedikasi

Kepada ayah, ibu dan ahli keluarga yang kami kasihi ..
Kepada seorang sahabat yang bernama CASSIM AJUM ANGULLIA yang amat disayangi ..
Kepada kawan-kawan dan sahabat yang kami kasihi ..
kepada semua mahasiswa-mahasiswi melayu di Mesir, Saya hulurkan jalinan persaudaraan melalui blog ini untuk manfaat bersama ..

MAHMOUD RASHWAN

Friday, February 19, 2010

Kelebihan Mesir yang disebut dalam Quran .


Sebagaimana yang kita ketahui, terutama bagi anak-anak Melayu yang menuntut di bumi Mesir atau dikenali dengan ardhil-kinanah menjadi kebanggaan bagi penduduk Mesir. Tidak hairanlah kerana Mesir telah disebut di dalam al-Quran, hadis dan athar sahabat.

Mesir sebagaimana yang di sebut dalam al-Quran.


1) surah yunus, 87


Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.

2) Surah yusuf, 21

Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: "Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". Dan demikianlah caranya kami menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

3) Surah yusuf, 99

Maka ketika mereka (Nabi Yaakub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf, Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibu bapanya, sambil berkata: "Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah kamu berada di dalam aman.

4) Surah zukhruf, 51

Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? Tidakkah kamu melihatnya?