Tuesday, June 19, 2012

Petikan hadis berkenaan Mesir

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "ستفتح عليكم بعدي مصر؛فاستوصوا يقبطها خيرا ؛ فانه لكم منهم ذمة ورحما" Makna hadis: “Mesir akan dibuka selepas kewafatanku, maka bergaullah dengan penduduknya dengan baik”. وقول صلى الله عليه وسلم : "اذا فتح الله عز وجل عليكم مصر فاتخذوا بها جندا كثيفا, فذلك الجند خيرا أجناد الأرض. قال له أبو بكر: ولم يا رسول الله؟ فقال : لأنهم وأزواجهم فى رباط الى يوم القيامة" Makna hadis: “Apabila Allah membuka Mesir kepada kamu, maka ambillah darinya tentera yang banyak. Yang demikian itu, tentera Mesir adalah sebaik-baik tentera di atas muka bumi. Abu Bakar berkata, kenapa ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab : Kerana itu, mereka dengan isteri mereka amat kuat ikatannya hingga ke hari qiamat”. Petikan athar sahabat قال عبدالله بن عمرو : "قبط مصر أحوال قريش مرتين" Makna: “Orang Qibti Mesir mempunyai ikatan perhubungan dengan Quraisy dari dua peringkat; Hajar dan Mariah”. أهل مصر أكرم الأعاجم كلها, وأسمحهم يد ا, وأفضلهم نصرا, وأقربهم ردما بالعرب عامة, وبقريش خاصة Makna athar: “Penduduk Mesir murah tangan daripada bangsa selain arab, mudah memberikan pertolongan(untuk menang), Nasab keturunan(bersaudara) dengan bangsa arab secara umum, khasnya pula dengan Quraisy”.

1 comment:

  1. Assalamu'alaikum w.bt.

    Saya kagum Ustaz dapat berbahasa Melayu dgn agak okay, w/pun tidak pernah sampai ke Tanah Jawi. Malu dgn diri sendiri yang tak fasih berbahasa Arab, bahasa Al-Quran, bahasa Syurga. InsyALLAH semoga ALLAH S.W.T mudahkan saya belajar Bahasa Arab.

    Salam Persahabatan,

    AlhamDULILLAH - Timur Tengah

    ReplyDelete